Kalau dulu, lepas balik sekolah, kita boleh cerita apa yang jadi kat sekolah dan apa yang kita buat kat parents kita. Kita boleh cerita-cerita dan gelak-gelak dengan keluarga masa makan, masa tolong mak masak kat dapur, dalam kereta. Kita boleh kongsi cerita sama-sama.
Kalau dulu masa kat Ikip, kita boleh cerita dengan housemates sebab semua orang kelas lain-lain. Semua orng ada cerita masing-masing. Balik je kelas, masuk rumah, buka tudung, terus cerita * kadang-kadang bergossip* dengan mereka. Makan pun mesti nak bercerita. Kat meja boleh bercerita, tengok tv boleh bercerita, basuh baju, masak maggie pun boleh bercerita. Pendek kata, mesti adalah cerita hot hot ni. Ada je yang nak dikongsi. Cerita dalam kelas, masa makan, cikgu, masa kawad ataupun sesi luahkan perasaan.
Tapi sekarang dah lain. Kat siapa kita nak cerita pasal hari kita? Kat siapa kita nak berceloteh? Kawan-kawan kat sini semua satu universiti, satu lecture, satu class, satu floor dan yang paling best..satu bilik. Takkan nak cerita benda yang sama terjadi kat mereka kat diorang sendiri? Tak ke pelik? Takkan nak cerita kat parents everyday? Parents kita pun nak buat kerja lain juga.
Jadi, setiap hari lepas kelas, kita wash up, lepas tu terus buka laptop. Terus menghadap alam siber sambil mengunyah biskut chocolate yang ya ampun, banyaknya dan murahnya kat sini. Setiap hari mesti nak search videos kat Youtube. Setiap petang mesti online. Kadang-kadang bosan juga tapi nak buat macam mana. Ni je lah yang kita boleh buat selain daripada belajar..ataupun tidur. Hahaha.
Hidup kita dah lain. Kita tak boleh nak lari balik ke masa dulu. Kita sedar yang kita dah dewasa. Ke kita dipaksa untuk menjadi matang? Ye lah kot.
saya mengerti situasi anda. :')it's okay, you're a tough girl, i'm sure you can handle yourself well out there. take care always. eventhough kita dh jarang sgt2 ckp, saya masih anggap awk kawan rapat saya. hehe. *jiwang tak? :P
ReplyDelete