Sunday, March 11, 2012

Chapter 24 : Saya Pun Tak Tahu

Pernah tak anda berfikir kalau anda sakit, apa yang anda akan lakukan? 

Ok. Soalan terlalu simple. Let me rephrase it.

So here's the situation :

Anda sakit. Sakit apa? Sesak nafas. Apa yang anda lakukan? Mestilah pergi klinikkan? Lepas itu doktor mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit mild bronchitis . Dengan ubat yang diberi, anda pun pulang dan berehat. Tiba-tiba pada keesokannya, keadaan semakin teruk. Setiap kali anda batuk, anda rebah. Rebah? Mesti anda cakap ' biar betul sampai rebah?! ' Betullah. Muka saya ni macam penipu ke? Ok, back to the story. Malam tu anda sesak nafas. Teruk sangat sangat. Hanya Allah dan rakan-rakan setingkat je yang tau. Setelah diurut, dibagi ubat, disuap makanan, kawan anda membuat keputusan untuk memberitahu pegawai di bangunan ini. Setelah diperiksa oleh kakak-kakak Tahun Empat yang kebetulan baru pulang daripada Italy, ambulance dipanggil dan anda dibawa ke hospital. 

Doktor mengesahkan anda menghidap acute bronchitis. Berapa banyak tong oksigen yang telah anda gunakan sepanjang tempoh anda berada di situ. Dahlah dengan jururawat yang hanya mahir bertutur dalam bahasa Arab dan anda pula terpaksa berseorangan pada malam pertama anda di hospital tersebut. Anda redha. 

So here's the question. Would you :

1-  Call your parents and tell them you've been admitted to the hospital or
2-  Don't tell your parents about it at all or
3-  Call them after you have recovered

Haaaa. Ingat senang ke nak jawab soalan tu?

Cuba fikir baik-baik.

1- Kalau kita call parents kita, terdapat 70 % kemungkinan akan berlaku sedemikian :

  Anak : Assalamualaikum, Mak. Ni kakak ni. 
  Mak : Waalaikumussalam. Kenapa ni?
 Anak : Tak de. Kakak kat hospital ni. 
 Mak : Hospital? Kenapa? Siapa sakit? Kakak ok ke?!
 Anak : Ok. Kakak sakit sikit je. ( Cerita pasal apa yang jadi ) Tapi sekarang ok je. Jangan risau, I'm ok.
 Mak : Mak nak booking ticket jap lagi. 
 Anak : Eh, tak payahlah! Jangan risau...
 Mak : Tak kira. Mak risau kat anak mak ni. 
 Anak : Maaaak..
Tut tut tut

So ini akan membuatkan parents anda risau. Lagi-lagi kalau anda tinggal di luar negara. 

2 - Ni lagi best. 

Kalau kita patah kaki ke apa, jangan bagitau apa apa pun kat keluarga kita. Yelah, takut depa dok risau. Tapikan cuba kita fikir balik. Kalaulah penyakit kita tu tiba-tiba bertambah teruk, lepas tu kita makin tenat tapi tak nak juga bagitau keluarga sebab tak nak menyusahkan dan membuatkan mereka risau. Habis tu kalau tiba-tiba anda meninggal dunia semasa sakit dan keluarga anda hanya dapat mengetahui mengenai keadaan anda hanya selepas anda dicabutkan nyawa, adakah ini adil untuk mereka? Takkan kita sanggup melihat ibu bapa kita menangis selepas pemergian kita? Takkan?

3 - Ok. Anda baru je pulang ke rumah. Anda telefon ibu dan ayah anda. 

 Anda : Mak, hari tu kakak masuk hospital.
 Mak : KENAPA?!!
 Anda : Sakit sikit je.
 Mak : Sampai masuk hospital?
 Anda : Ala, doktor kata bronchitis. Sebab musim sejukkan sekarang. Tak ada apa apa pun.
 Mak : Berapa hari?
 Anda : 3 hari 2 malam.
 Mak : 3 hari 2 malam?! Kenapa tak bagitau mak? Kakak jangan buat macam ni lagi tau! Risau mak. Kalau apa apa jadi macam mana?! Kakak ni!! Kenapa buat macam ni?! Tak elok tau tak buat kat mak sendiri macam ni. Don't you ever do this again! Faham tak ni?! Dengar ke tak?! Ya Allah, kakak. Nasib baik tak jadi apa apa. Ya Allah..


Jadi apa yang anda akan buat? 

No comments:

Post a Comment